YB Ketari Bakal Letak Jawatan Akibat Tertekan Kecaman Netizen

YB Ketari Bakal Letak Jawatan Akibat Tertekan Kecaman Netizen

Ahli Parlimen Ketari Young Syefura Othman memohon maaf setelah menerima kecaman netizen gara-gara didakwa melanggar SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang kini berkuat kuasa di Selangor.

Menerusi laman sosial Twitter, Young atau lebih mesra disapa sebagai Rara memuat naik permohonan maaf tersebut untuk tatapan umum. 

“Saya memohon maaf jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19. Saya tak menggunakan sebarang kelebihan sebagai seorang wakil rakyat untuk bergerak di dalam Selangor, negeri saya bermastautin. 

“Saya rela disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19. Tq,” tulisnya menerusi satu ciapan. 

Difahamkan kecaman itu berpunca setelah Rara berkongsi beberapa keping foto sambutan ulang tahun bersama empat temannya sambil berkelah di Avani Sepang Goldcoast Resort, Sungai Pelek, Selangor.

Menerusi foto tersebut, kelihatan dia dan teman-temannya tidak memakai pelitup muka, didakwa merentas daerah serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal. 

Namun, Rara sempat mengulas walaupun dirinya Adun di negeri Pahang, dia sebenarnya bermastautin di Selangor.

“Haa yea bila ahli politik buat salah, mereka minta maaf je. Kecewanya, i sampai tak boleh marah dah. Terlalu penat,” komen seorang wargamaya.

“The sin you mock today, could be the sin you commit tomorrow. Memalukan,” Tegur seorang wargamaya.

“Yang paling mengejutkan bila boleh pulak bodoh upload kat social media. Benda personal celebration you simpan sendiri je la gambar-gambar tu,” luah seorang wargamaya. 

“@youngsyefura awak bukan seorang instafamous, awak adalah seorang ADUN, wakil rakyat dan awak adalah public figure. You’re better than this. Ambil la PR team for you please,” kata seorang wargamaya.

“Saya tak boleh berjumpa dengan keluarga untuk sambut Deepavali sebab PKPB dan di sini awak sambut hari jadi di negeri lain!” tulis seorang wargamaya lagi. 

Menerusi tinjauan Gempak di Instagram, foto-foto sambutan ulang tahun kelahiran tersebut telah dipadam. 

Terdahulu, Rara lantang menyuarakan pendapatnya meminta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali meletakkan jawatan setelah melanggar SOP yang telah ditetapkan. 

COMMENTS