Umno tarik diri dari PN, Pas mahukan penjelasan

PAS melalui Muafakat Nasional (MN) akan mendapatkan penjelasan Umno berhubung langkah parti itu mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN). Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun yakin apa jua perkara boleh diselesaikan. “Ini melalui perbincangan dalaman antara semua parti terlibat,” katanya ringkas kepada FMT hari ini.