Tak Puas Hati Main Futsal, Youtuber Bawa Geng Belasah Orang?

Tak Puas Hati Main Futsal, Youtuber Bawa Geng Belasah Orang?

[ad_1]

Kini Trending

Seorang pengguna Twitter, dikenali sebagai Bakhtiar Ikhwan, menerusi satu thread mendakwa seorang YouTuber yang sering menyajikan content-content yang menarik telah bertindak luar kawalan dengan bergaduh di tempat awam.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di salah sebuah gelanggang futsal dan mangsa telah tampil membuat laporan polis berhubung kes yang terjadi.

Foto: Tangkap layar video

Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat kekecohan yang berlaku di gelanggang futsal akibat pergaduhan yang berlaku. Bahkan, terdapat seorang pengguna Twitter yang lain turut berkongsi video menjadi mangsa ketika cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Jelas lelaki ini, YouTuber ini didakwa telah berlaku samseng akibat salah faham yang berlaku. Bukan itu sahaja, dia (YouTuber) dipercayai membawa rakan-rakannya yang lain bagi membantunya memukul mangsa yang bersendirian ketika itu. Bahkan, penggunaan senjata turut digunakan ketika pergaduhan itu.

Selama ni fikir baik lah…

[ad_2]

Source link

COMMENTS