RM8.6 juta untuk PKN umpana rompakan di siang hari

RM8.6 juta untuk PKN umpana rompakan di siang hari

Tindakan memberikan peruntukan RM8.6 juta untuk NGO Penggerak Komuniti yang terang-terang menjadi proksi politik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah ‘rompakan di siang hari’.

Inilah komen dan pandangan para netizen selepas bajet itu dibentangkan dalam Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan baru-baru ini.

PKN mendapat RM8.6 dari Belanjawan 2021.

Bagi penggerak politik, Jamzuri Ardani, “RM8.6 juta untuk NGO Penggerak Komuniti yang terang-terang menjadi proksi politik Azmin.

“This is daylight robbery (Ini rompakan di siang hari!”

Bagi netizen, Wan Ridhzuan langkah pemberian peruntukan ini, “tidak bertanggungjawab sungguh di saat berdepan isu covid dan kesempitan hidup boleh juga berpolitik dengan dana rakyat.”

Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin diingatkan tidak menjadikan Penggerak Komuniti Negara (PKN) hanya untuk menyelamatkan bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) semata-mata.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamzuri menegaskan, bekas Ketua Wanita Keadilan sepatutnya menjadikan badan bukan kerajaan (NGO) naungannya itu untuk menjaga kepentingan rakyat.

Katanya, Umno sudah membuat bantahan berikutan tindakan penaung NGO itu, Zuraida Kamaruddin seolah-olah menjadikannya sebagai tempat bekas ahli PKR berkumpul selepas mereka tinggalkan parti itu.

“Sebagai seorang Menteri, beliau seharus menjaga kepentingan semua rakyat, bukan membina platform kepada bekas dan ahli pemimpin PKR.

“Persoalannya apakah NGO PKN? Adakah keahlian hanya kepada bekas ahli PKR yang tidak jelas hala tuju mereka,” kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamzuri dalam satu kenyataannya.

Dari bawah sampai ke atas, pengerak PKN adalah tokoh-tokoh PKR yang menjadi penyokong kuat kem Azmin Ali dalam PKR.

Di Selayang bekas Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang, Jesse Choy Pooi Yee
dilantik sebagai penyelaras PKN selepas beliau dipecat dari PKR.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dana tersebut tiada ada keperluan dan tidak memberi penekanan kepada kebajikan rakyat serta hanya bertujuan politik semata-mata.

“Kalau kita bagi hujah apa pun orang tidak percaya. Kerajaan bagi subsidi padi untuk rakyat miskin. Tapi untuk kroni politik RM81 juta diberikan (Untuk Jasa). Saya minta batalkan keputusan ini dan juga untuk Penggerak komuniti.

“Peruntukan ‘one off’ RM8.6 juta (PKN) untuk kesenangan kelompok wanita. Menteri Kewangan perlu jaga integriti,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat.

SUMBER : https://malaysiadateline.com/rm8-6-juta-untuk-pkn-umpana-rompakan-di-siang-hari/

COMMENTS