‘Kita Sekali Makan RM12, Dia Makan Nasi Kuah Air Kosong, Bawang Merah Sikit Bawang Putih Sikit…’

‘Kita Sekali Makan RM12, Dia Makan Nasi Kuah Air Kosong, Bawang Merah Sikit Bawang Putih Sikit…’

[ad_1]

Kini Trending

Foto: Apit Lid

Seorang pengguna Facebook, dikenali sebagai Apit Lid, berkongsi dua keping foto yang membuatkan rara-rata netizen berasa ‘sebak’ melihat menu harian yang dijamah oleh seorang pengawal keselamatan yang berasal dari Nepal.

Jika dilihat menerusi foto itu, pengawal keselamatan itu hanya makan nasi kosong ditambah kuah air kosong bersama potongan bawang merah, dan bawang putih tanpa ada sebarang lauk yang lain. Jelas pemilik posting tersebut, pengawal keselamatan itu menyara kedua ibu bapanya dan adik beradiknya yang lain.

Foto: Apit Lid

Jelas lelaki ini, dia kagum melihat kesungguhan pengawal keselamatan ini yang sanggup makan ‘menu’ sedemikian rupa yang mungkin tidak boleh ditelan oleh orang lain. Bukan itu sahaja, dia (pengawal keselamatan) merupakan pekerja yang paling rajin bekerja di antara pekerja yang lain.

Manusia contoh, kerja rajin, gaji sama banyak je dgn orang lain. Tapi kenapa dia makan nasi putih + kuah air masak + bawang besar…

[ad_2]

Source link

COMMENTS