Intipati Belanjawan 2021 – Frontliners dapat one-off RM500

Intipati Belanjawan 2021 – Frontliners dapat one-off RM500

SAAT dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia tiba lagi apabila pembentangan Belanjawan 2021 berlangsung Jumaat petang.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kali ini mendapat mandat untuk membentangkan dokumen penting berkenaan di Dewan Rakyat pada pukul 4 petang.

Ia merupakan belanjawan pertama oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menjelaskan mengenai Belanjawan 2021, kata Muhyiddin ia bersifat inklusif dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk wakil pembangkang.

Fokus utama adalah menangani masalah Covid-19, melindungi rakyat untuk kelangsungan hidup golongan mudah terjejas dan memacu pertumbuhan ekonomi.

Sumber : https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/11/06/intipati-belanjawan-2021

COMMENTS