Helikopter terhempas dekat Taman Melawati

Helikopter terhempas dekat Taman Melawati

SEBUAH helikopter terhempas di Taman Melawati, Ampang, Selangor kira-kira jam 12 tengah hari, Ahad.

Memetik laporan Awani, kejadian melibatkan dua buah helikopter yang dipercayai bertembung di udara sebelum terhempas.

Perkara itu turut disahkan oleh Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis.

Pihak bomba ketika ini sedang berusaha mengeluarkan mangsa.

Laporan awal menyatakan terdapat empat mangsa, tiga lelaki dan seorang perempuan yang mana dua mangsa lelaki didapati tidak sedarkan diri.

Dua lagi mangsa dilaporkan selamat.



Sementara itu, memetik laporan The Star, Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali turut hadir ke lokasi kejadian.

Ujarnya, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu sewaktu menghadiri sebuah acara di Bukit Antarabangsa.

“Saya harap pihak berkuasa dapat menyiasat kejadian ini dengan terperinci.

“Kita sama-sama tunggu maklumat seterusnya sementara siasatan dijalankan,” ujarnya lagi.

Sumber : https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/11/08/helikopter-terhempas-dekat-taman-melawati

COMMENTS